Thursday, April 3, 2008

PENULISAN WASIAT






"DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN"





FAEDAH PENULISAN WASIAT




  • mengurangkan pertikaian waris

  • Wasi ditentukan dan dilantik

  • Pembahagian ditentukan sendiri

  • Harta terpelihara = tidak terjual/tergadai

  • Menjamin kesaksamaan dan memelihara hak antara waris

  • Cepatkan pentadbiran pusaka
PENGERTIAN WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya.Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.




DALIL WASIAT

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama.

Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya.


-Surah Al-Baqarah: 180

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba.Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat. Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.



-Hadis riwayat Ibnu Majah





TIGA SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang perlu diambil perhatian khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.


1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 - 12 bulan berbanding di antara 2 - 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.


2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang,ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani


Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.: Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.


-Hadis riwayat Muslim

Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat adalah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris. Ini bermakna dokumen wasiat adalah satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak


3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT

-untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)

-untuk diri anda (yang pasti mati)

a) Menyempurnakan HAK ( waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut telah ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan spt waris terdinding, cucu yg kematian ayah, anak angkat,ibu bapa angkat dan sebagainya (terhad 1/3 drpd pusaka bersih).


900,000 Tanah Milik Orang Mati.RM40 Billion Tunai tidak dituntut @ menunggu kes.Kes perebutan Pusaka meningkat .Apa lagi.......selesaikan sekarang.Malulah dengan bangsa asing yang telah lama maju kehadapan.



WASIAT TERAKHIR:

DI MANAKAH HALA TUJU HARTAKU SELEPAS KEMATIAN:



JANGAN BERLENGAH LAGI, HUBUNGI SAYA:

AISHAH BT MOHAMED
Pendaftaran Wasiat (AMANAH RAYA BERHAD)
Hanya RM 350.00 sahaja
(Orang bukan Islam RM 500.00 sahaja)

Penulisan wasiat:
Ajen korporat Amanah Raya Berhad.











No comments: